Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Faculty :AstroAwani
Year of Publication :28/02/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan. Baginda bertitah, sehubungan itu, rakyat diminta supaya tidak membiarkan perbezaan fahaman dan kepentingan kecil memecahbelahkan masyarakat. "Jangan biarkan perbezaan menjadi punca perpecahan, sebaliknya hormatilah antara satu sama lain dan carilah titik persamaan demi kesejahteraan bersama.   "Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua pihak agar perlu sentiasa bersangka baik. Janganlah kita terlalu cepat menilai seseorang atau sesuatu perkara dengan sikap negatif," titah baginda semasa berangkat pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat, di Masjid Negeri, di sini malam tadi.   Berangkat sama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.   Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri.   Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kerajaan supaya menyantuni dan prihatin terhadap rakyat di samping pembangkang memainkan peranan membina serta memberi cadangan yang baik.   "Semua pihak, kerajaan, pembangkang dan rakyat mesti meninggalkan sikap suka memfitnah, menabur kebencian dan menyebarkan berita tidak benar yang akan melemahkan perpaduan serta menghakis nilai moral dalam masyarakat," titah baginda. - BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035