Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Irfan Faruqi
Title :Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Faculty :AstroAwani
Year of Publication :24/02/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pelaburan awal sebanyak RM50 unit amanah ini dibiayai melalui sumbangan bersama antara Kerajaan dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang berjumlah RM50 juta untuk pengagihan sepanjang tempoh lima tahun. Menurutnya, jumlah pelaburan yang dikreditkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM) pelajar terbabit dan dikunci selama lima tahun. “Mahasiswa baharu akan diberi sumbangan dana pelaburan awal sebanyak RM50 yang dikunci selama lima tahun. “Jika diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5 peratus setahun, dan pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama 4 tahun, diikuti dengan simpanan RM100 sebulan ketika mula bekerja selama enam tahun , mereka dijangka mampu mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun, jika tiada pengeluaran dibuat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian Program Celik MADANI di Menara Merdeka 118, di sini hari ini. Fasa pertama program ini akan melibatkan pelajar semester pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Manakala empat Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) yang terpilih untuk program ini adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dan Universiti Multimedia. Fasa kedua program Celik MADANI yang melibatkan institusi pengajian swasta dan vokasional terpilih juga akan dilaksanakan. Celik MADANI: Celik Kewangan Belia MADANI, program lima tahun yang akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2025 hingga 28 Februari 2030, kali pertama diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) pada 22 Ogos 2024. Program yang diuruskan oleh syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ini menyasarkan untuk memberi manfaat kepada kira-kira 200,000 pelajar setiap tahun bagi tempoh sepanjang lima tahun akan datang.    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035