Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Faculty :Awani
Year of Publication :06/03/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan' kepada orang ramai. Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan terdapat satu tawaran 'Bantuan Ramadan' yang tersebar di aplikasi TikTok, menggunakan nama @tpafzanaminahafidzatul menyatakan bantuan bernilai RM1,000 akan diberikan kepada orang ramai. "Penyamar itu memberitahu bahawa bantuan Ramadan tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kepada orang ramai. "Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai dan lebih berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu khususnya yang membawa kepada kegiatan penipuan dalam talian," menurut hantaran itu. Istana Pahang juga berharap orang ramai akan memastikan dahulu kesasihan sesuatu perkara melalui portal dan akaun rasmi iaitu Kesultanan Pahang dan Istana Pahang sahaja. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035