Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Simpang lampu isyarat Bukit Rangin, UIAM ditutup adalah palsu
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :05 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Dakwaan mengenai penutupan dua persimpangan lampu isyarat utama di daerah ini pada 10 Mac bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas adalah tidak benar. Persimpangan itu ialah lampu isyarat Bukit Rangin di Jalan Pintasan Kuantan-Cukai dan lampu isyarat di Jalan Sultan Ahmad Shah berhadapan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim mengesahkan maklumat tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihaknya. "Kenyataan terbabit tidak dikeluarkan oleh pejabat Exco," katanya ketika dihubungi pada Rabu. Pada Selasa malam, satu kenyataan media mendakwa kedua-dua persimpangan itu akan ditutup pada waktu tertentu telah tular di media sosial, menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya. Penutupan Jalan Pintasan Kuantan-Cukai (FT3) didakwa bermula dari jam 4 petang hingga 7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat. Bagi persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Ahmad Shah berhadapan UIAM pula akan ditutup dari jam 7 pagi hingga 9pagi pada hari Isnin hingga Jumaat. Laluan keluar daripada UIAM menuju ke SUKPA serta Jalan Pintasan Kuantan akan ditutup sepenuhnya, begitu juga dengan laluan keluar dari SUKPA menuju ke pusat bandar Kuantan dan UIAM.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035