Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nurfardlina Izzati Moktar
Title :UniSZA edar 1,000 Ramadan Box kepada golongan memerlukan
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :11 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS - Sebanyak 1,000 Ramadan Box akan diberikan kepada golongan memerlukan termasuk ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah B40 di sekitar daerah ini sepanjang Ramadan. Presiden Persatuan Staf Akademik (PSA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Fauzilah Salleh, berkata pemberian dijalankan secara berperingkat diharapkan dapat meringankan beban bagi mereka menyambut Ramadan serta meningkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat. "Sepanjang Ramadan ini, kita akan mengedarkan Ramadan Box kepada 1,000 penerima secara berfasa dan ini merupakan tahun ke-11 diadakan. Ramadan Box merangkumi barangan keperluan asas antaranya beras, gula, minyak masak dan tepung. "Jadi, kami berharap sumbangan diberikan dapat menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan memperkukuh hubungan silaturahim sesama insan dalam suasana Ramadan penuh berkah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa. Mengulas lanjut, Fauzilah berkata, menerusi program Ta’awun Ramadan 1446H: Ukhuwah Berkawah yang diadakan di Masjid UniSZA semalam, pihaknya memberi sumbangan Ramadan Box kepada dua ibu tunggal yang memerlukan sebagai simbolik penyerahan. Beliau berkata, program berkenaan mendapat kerjasama Prudential BSN Takaful, PruBSN Prihatin dan Yayasan MyPrihatin. Menurutnya, program itu bertujuan menggalakkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga UniSZA dan masyarakat setempat dengan menyediakan juadah berbuka puasa secara bersama. “Sebagai simbolik kebersamaan, seekor lembu disumbangkan pihak penganjur untuk dimasak secara gotong-royong dalam bentuk gulai kawah dan juadah.  “Kemudian, juadah dimasak dinikmati bersama dalam majlis iftar berjemaah yang berlangsung penuh meriah. “Menerusi program itu, sesi penyampaian sumbangan Ramadan Box dan sumbangan makanan turut diadakan bagi membantu ibu tunggal dan golongan memerlukan serta sebagai tanda prihatin terhadap keadaan mereka," ujarnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035