Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Sinar Harian
Title :1,200 mahasiswa UIAM iftar bersama, fahami Surah Al-Saff
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :14 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
GOMBAK – Seramai 1,200 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyertai program iftar, Road to World #QuranHour: Panduan Surah Al-Saff untuk Pemimpin Masa Depan Ummah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah pada Khamis. Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail, berkata peserta diajak untuk menghayati surah berkenaan kepimpinan dan tanggungjawab manusia di muka bumi. Menurutnya, dalam Surah Al-Saff, ayat 1, kita diingatkan bahawa segala yang di langit dan di bumi telah bertasbih kepada ALLAH. “Seluruh alam tunduk kepada peraturan ALLAH tanpa gagal. Namun, manusia dan jin diberi pilihan untuk tunduk dan bertasbih kepada-Nya atau memilih jalan kebinasaan. “Menjadi pemimpin yang adil dan berintegriti, kita perlu memahami maksud sebenar tasbih, bukan sekadar lafaz zikir, tetapi kepatuhan kepada aturan ALLAH dalam kehidupan seharian. “Kepimpinan sejati bermula dengan kesedaran untuk tunduk kepada aturan ALLAH, seperti mana alam semesta yang sentiasa bertasbih kepada-Nya. Jika kita benar-benar memahami maksud tasbih dan menghayatinya dalam kehidupan, kita akan menjadi pemimpin yang membawa kebaikan, bukan kehancuran,” katanya pada Khamis. Pada majlis tersebut, ikhlas.com, sebagai penyedia perkhidmatan Islamik seperti umrah, zakat, dan korban, bekerjasama dengan Pejabat Promosi dan Pengambilan Pelajar UIAM serta Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) untuk menjayakan majlis berbuka puasa tersebut dengan memberi pengisian rohani. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, sebanyak 1,200 pek Santan Nasi Lemak Pak Nasser, iaitu menu ikonik AirAsia, telah disediakan untuk berbuka puasa. Jelasnya, konsep makan berjemaah dapat mengeratkan ukhuwah dan menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW. “Kerjasama ikhlas.com dan UIAM bermula sejak lima tahun lalu dalam usaha kebajikan sempena Ramadan. Diasaskan semasa pandemik Covid-19, platform ini bermula sebagai inisiatif membantu masyarakat melalui kempen derma yang berjaya mengumpul RM2 juta. “Kini, ikhlas.com berkembang dari segi entiti komersial dan organisasi dakwah. Dengan sokongan AirAsia sebagai pemegang saham utama, syarikat terus berkembang termasuklah pakej umrah,” ujarnya, yang turut menyokong penganjuran World #QuranHour tahun ini. Tambah beliau, selain pengisian rohani dan berbuka, kejutan berupa pakej umrah melalui sesi kuiz diberikan kepada pemenangnya, iaitu penuntut UIAM, Nur Amirah Fakrul Arifin. Sementara itu, Pengarah Pejabat Promosi dan Pengambilan Pelajar UIAM, Siti Aisyah Ibrahim, berkata program iftar UIAM dapat mengeratkan ukhuwah dan mengurangkan beban pelajar. “Pelajar, terutama mereka dari luar negara, berkorban meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu. Apabila dapat makan secara berjemaah, ia membawa kegembiraan dan mewujudkan rasa kekeluargaan kepada mereka. “Kami mengalu-alukan sumbangan atau tajaan juadah berbuka puasa bagi menyantuni golongan fisabilillah, termasuk pelajar yang menuntut ilmu di jalan ALLAH,” katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035