Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Makalah
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Mohd Faizul Haika Mat Khazi
Title :'Lebih praktikal untuk pelajar IPT beli secara online'
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :17 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia kini semakin cenderung membelanjakan antara RM200 hingga RM300 setiap bulan untuk membeli pelbagai barangan termasuk produk berjenama dan makanan melalui platform dalam talian. Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), Amir Haikal Kamarudin, 24, berkata, dia menghabiskan kira-kira RM300 sebulan untuk membeli keperluan harian dan makanan secara dalam talian. “Saya membeli pelbagai barang produk penjagaan diri seperti minyak rambut, minyak wangi, syampu serta makanan harian melalui pelbagai platform e-dagang,” ujar Amir Haikal. Menurutnya, kebanyakan pelajar IPTA memilih membeli barangan dalam talian kerana ia menawarkan lebih banyak pilihan dan harga lebih berpatutan berbanding membeli di pasar raya. “Tambahan pula, ramai pelajar IPTA tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke pasar raya atau restoran berdekatan. Jadi, membeli dalam talian menjadi pilihan lebih praktikal,” jelasnya lagi. Pelajar Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Imran Amir Nushi, 24, pula mengakui, dia membelanjakan kurang RM200 sebulan untuk membeli barangan dalam talian. Imran berkata, majoriti perbelanjaannya tertumpu kepada makanan terutama makan malam dan kudapan. “Saya lebih cenderung membeli makanan secara dalam talian kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa selain praktikal. Untuk barang keperluan lain seperti pakaian atau produk penjagaan diri, saya biasanya pergi ke pasar raya berhampiran dengan keluarga,” ujarnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035