Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Rosilawati Rosedi
Title :MRP perkukuh gaya hidup sihat, giat anjur program sukan di Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :16 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Majlis Rekreasi Pahang (MRP) bakal menjadi platform utama dalam mempergiatkan pelaksanaan program sukan berfokus bagi memperkukuhkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, khususnya golongan muda di negeri ini. Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, majlis tersebut dinaungi oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, manakala Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertindak sebagai penasihat.  “Patik menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang agar kerajaan negeri mempergiatkan lagi pelaksanaan program sukan dan rekreasi yang bertujuan memperkukuhkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, khususnya golongan muda. “Kerajaan negeri sememangnya komited dalam usaha ini dan kini sedang giat menubuhkan MRP bagi melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi secara lebih berstruktur dan berfokus,” katanya. Menurutnya, program sulung MRP telah dilaksanakan menerusi penganjuran Cabaran Mara Lasak di Ulu Dong, Raub, baru-baru ini, yang turut menyaksikan keberangkatan Tengku Hassanal mencemar duli bagi menguji ketahanan fizikal dan mental dalam cabaran tersebut. Susulan kejayaan program itu, Fadzli memaklumkan bahawa Sultan Pahang telah menitahkan supaya program berkenaan diperluaskan ke setiap daerah di negeri ini. "Insya-ALLAH, lebih banyak program seumpamanya akan dianjurkan di Pahang selepas ini," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035