Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Diana Azis
Title :Universiti Islam Al-Andalusia Sepanyol perlukan RM9.57 juta bangunkan kampus pertama
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :22 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Universiti Islam Al-Andalusia Sepanyol memerlukan dana berjumlah RM9.57 juta (€2 juta) bagi membiayai penubuhan kampus pertamanya setelah lebih enam tahun beroperasi secara dalam talian. Berkongsi perkara itu, Rektor universiti, Sheikh Mohammad Idrissi berkata, kampus yang terletak di Seville bakal menjadi Pusat Kajian Andalusia selain menjadi hab kepada pendidikan Islam, budaya, warisan serta mempromosikan dialog antara agama di seluruh negara. "Sejak 2019, pelajar hanya mengikuti pengajian secara dalam talian dan sudah tiba masanya kami wujudkan sebuah kampus bagi memudahkan mereka menjalani pembelajaran serta pengajaran bersemuka dengan pensyarah. "Alquería atau Cortijo (bangunan/rumah dalam bahasa Sepanyol) ini terletak di kawasan estet Andalusia yang berusia lebih 115 tahun dan pernah didiami oleh umat Islam ketika zaman Andalus, menjadikan persekitarannya ideal untuk universiti dan pusat penyelidikan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu. Dalam pada itu, Mohammad Idrissi memaklumkan bahawa kawasan Cortijo berkeluasan 18 hektar di selatan Sepanyol itu mempunyai kemudahan dan akses bilik darjah yang mampu menempatkan lebih 700 pelajar. Selain itu, katanya, kawasan berkenaan juga mempunyai ruang kediaman yang mampu menampung seramai 180 pelajar, di samping kemudahan dobi, masjid, dapur serta keperluan logistik lain. "Dana yang diperlukan itu melibatkan pembelian Cortijo bagi menjamin pemilikan hartanah, pengubahsuaian dan pembaikan asas, pembelian perabot dan peralatan, kos operasi bagi pembiayaan awal kakitangan, utiliti serta pembangunan program pengajian. "Kami berharap dapat mengumpulkan dana tersebut sebelum September depan bagi memastikan pengoperasian kampus universiti dapat bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini," ujarnya. Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Universiti Islam Al-Andalusia Sepanyol, boleh melayari laman web https://alandalusia.org/.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035