Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norafiza Jaafar
Title :USIM bantu pelajar terjejas insiden letupan gas di Putra Heights
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :05 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
NILAI - Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, melawat seorang pelajar USIM yang terkesan dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu. Pelajar terbabit, Ainaa Syazana Mohamad Asnawi, 22, merupakan pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama Dengan Kepujian, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Letupan yang berlaku sekitar jam 5 pagi itu menyebabkan rumah didiami Ainaa Syazana mengalami kerosakan selain kenderaan turut terjejas. Ainaa Syazana memaklumkan, ketika kejadian mereka sekeluarga berada di dalam rumah sebelum bertindak berlari keluar menyelamatkan diri selepas berlaku gegaran. "Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan cuma kediaman terjejas di bahagian bumbung rumah mengalami kerosakan akibat tempias letupan serta hujan batu api manakala bahagian sisi kenderaan keluarga rosak teruk. “Aidilfitri tahun ini memang sangat berbeza. Kami tidak dapat menyambut raya seperti biasa, tidak dapat memasak bersama, ziarah keluarga atau sambut tetamu tetapi saya tetap bersyukur kerana kami masih bersama dan selamat,” katanya," katanya ketika menerima lawatan wakil USIM pada Jumaat. Keluarga itu kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights. Sementara itu, Sharifudin berkata, USIM menyampaikan sumbangan daripada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, sebagai tanda sokongan dan keprihatinan universiti terhadap kebajikan pelajar.  “Kami di USIM amat prihatin dengan keadaan pelajar kami. "Lawatan ini bukan hanya untuk menyampaikan bantuan serta sokongan, tetapi untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi ujian hidup ini,” katanya. Ujarnya, pihak universiti akan terus memantau keadaan pelajar terbabit dan menyediakan bantuan diperlukan seperti sokongan psikologi oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar sepanjang tempoh pemulihan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035