Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang titah pentingkan keselamatan jalan raya
Faculty :AstroAwani
Year of Publication :08/04/2025 12:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa menekankan aspek keselamatan terutamanya ketika di jalan raya. Baginda bertitah aspek keselamatan dan sikap berhati-hati mampu membantu pengguna jalan raya daripada terlibat dengan sebarang kejadian tidak diingini. "Al-Sultan Abdullah juga menasihatkan setiap penunggang motosikal agar sentiasa memakai topi keledar dan memiliki lesen kenderaan sah," menurut hantaran dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang hari ini. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, di kediaman mereka di Kampung Seri Chempaka, di sini semalam. Muhammad Hazeem Hazimi meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat parah di kepala, selepas motosikalnya terbabas kerana terlanggar lubang di Jalan Kuantan-Cherok Paloh di sini, pada Jumaat. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035