Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Seth Akmal
Title :Sultan Pahang titah kerajaan negeri kaji, perkemas pentadbiran
Faculty :AstroAwani
Year of Publication :08/04/2025 13:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dititah supaya dapat memperkemas dan meningkatkan sistem pentadbiran terutamanya birokrasi kerajaan agar lebih efektif dan teratur. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ia bagi memantap dan mempercepatkan kelulusan yang membawa manfaat kepada negeri. “Antara yang saya perhatikan iaitu daripada kerajaan bahawa pimpinan yang baharu akan datang nanti supaya mengkaji dari segi selok-belok kelemahan di dalam birokrasi dan juga soal urusan kewangan lebih terperinci dan teratur,” titah baginda. Menurut baginda, tindakan ini amat penting kerana kerajaan seharusnya mempunyai keberkesanan yang efektif. “Ini penting kerana kita tidak mahu adanya seolah-olah kerajaan yang besar tetapi keberkesanannya tidak begitu berkesan,” titah baginda. Paduka Baginda ditemui selepas Sesi Kunjung Hormat Barisan Kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang ke Istana Abdulaziz. Mengiringi baginda, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035