Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Hazelen Liana Kamarudin
Title :Pak Lah cetus idea penubuhan UMK – Mustapa
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :15 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KOTA BHARU - Penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah hasil cetusan idea Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri kelima. Bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Allahyarham semasa sidang Parlimen. "Penubuhan UMK diumumkan oleh Allahyarham dalam Parlimen.Saya diamanahkan untuk melaksanakan penubuhannya semasa menjadi Menteri Pengajian Tinggi," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Selasa. Menurut beliau, jasa Pak Lah terhadap negara cukup besar termasuk menaikkan gaji penjawat awam dengan kadar tertinggi. Ujarnya, Allahyarham turut memperkenalkan Islam Hadhari dan mata pelajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Tun Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 7.10 malam Isnin, pada usia 85 tahun. Perkara itu dimaklumkan oleh menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, menerusi hantaran di Instagram. Tun Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009 dan dikenang sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035