Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Saya pun naik darah, banyak orang ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :14 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu rakyat di negeri ini bertindak sebagai mata dan telinga baginda dalam memastikan tanah-tanah milik negeri tidak diceroboh sewenang-wenangnya. Baginda turut mengingatkan rakyat agar menjaga bumi Pahang dengan sebaik mungkin. "Jagalah bumi Pahang kita dengan sebaik mungkin. Jangan bagi orang menceroboh tanah-tanah negeri Pahang," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut pada malam Ahad. Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan rasa dukacita dan terhadap peningkatan kes pencerobohan tanah di negeri ini dan sepatutnya bumi Pahang ini dijaga dengan sebaiknya. "Saya pun naik darah juga, banyak orang menceroboh tanah negeri Pahang. "Sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka yang menceroboh tanah di Pahang ini," titah baginda. Baginda turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah menceroboh tanah kerajaan. Al-Sultan Abdullah bertitah penyelesaian akan dilakukan dengan cara yang baik dan berhemah demi menjaga keharmonian rakyat. "Kita akan bertindak sedemikian dan akan selesaikan secara baik," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035