Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Sultan Pahang zahir penghargaan usaha kerajaan negeri banteras pencerobohan haram
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :19 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan negeri bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dalam membanteras kegiatan pencerobohan haram di negeri ini. Baginda bertitah, tindakan tegas yang dilaksanakan di lapangan termasuk melakukan tangkapan, memotong tanaman haram serta menutup lombong yang beroperasi tanpa kebenaran. "Seiring keputusan kerajaan negeri, saya menegaskan tiada kelulusan baharu akan diberikan terhadap mana-mana permohonan tanah yang telah diceroboh secara haram. “Ini adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi demi menjunjung kedaulatan undang-undang serta menjaga amanah kepada negeri dan rakyat,” titah baginda. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, pada Jumaat. Sementara itu, dalam titahnya, baginda turut berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Exco dan seluruh jentera kerajaan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi hingga berjaya membawa Pahang cemerlang dan berdaya saing.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035