Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Rosilawati Rosedi
Title :Cikgu mengadu tiada dewan sekolah kepada Sultan Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :24 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Ketiadaan dewan menyebabkan guru Sekolah Kebangsaan (SK) di Chenor nekad untuk membuat aduan tersebut terhadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Kembara Pahang 1.0. Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook, Kesultanan Pahang pada Khamis memaparkan ayat 'Daulat Tuanku, SK Bukit Bota nak dewan. Kami tiada dewan' pada sebuah kad kotak. “Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Bota tidak melepaskan peluang menyampaikan aduan kepada Sultan Pahang berkenaan ketiadaan dewan di sekolah mereka yang turut menjadi satu keperluan penting. “Paduka Baginda berharap pihak berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan dapat mengusahakan permohonan tersebut,” tulisnya. Kembara yang bermula sejak Isnin dan berakhir pada Rabu menyaksikan empat daerah iaitu bermula di Maran, Temerloh, Bera dan berakhir di Pekan dengan jarak sejauh 428 kilometer. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat bercemar duli menyertai program kembara tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035