Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Azleenda Sahaludin
Title :UIAM ungguli Anugerah Emas MiSHA 2024
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :10 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terus mengukir kejayaan cemerlang apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas dalam kategori Anugerah Kecemerlangan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Industri, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) 2024. Pengiktirafan berprestij itu dianugerahkan sebagai penghormatan terhadap komitmen luar biasa UIAM dalam memperkasa aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di kampus. Lebih membanggakan, UIAM menjadi satu-satunya universiti awam yang menerima pengiktirafan tertinggi dalam penganugerahan tersebut, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang mengutamakan kesejahteraan warga kerja dan komuniti kampus. Menurut Timbalan Rektor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) UIAM, Profesor Dr Mohamed Aslam Mohamed Haneef, kejayaan berkenaan adalah hasil sinergi menyeluruh semua pihak di universiti. "Tahniah kepada Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHBE) UIAM serta semua yang terlibat. Usaha mereka menjadikan UIAM sebagai tempat kerja yang selamat dan kondusif amat dihargai. "Kita akan terus memperkukuhkan inisiatif OSH di semua kampus UIAM," katanya. Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden MiSHA, Aziz Basiran kepada Rektor UIAM, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman dalam satu majlis yang berlangsung di kampus UIAM Gombak. Sementara itu, Aziz berkata, pencapaian yang diraih oleh UIAM wajar dijadikan contoh kepada institusi lain dalam pelaksanaan amalan terbaik OSH.  “Kejayaan UIAM ini membuktikan komitmen tinggi universiti terhadap keselamatan dan kesihatan warga kampus. “Ia adalah hasil usaha berterusan dan budaya kerja selamat yang dibina secara konsisten,” ujarnya. Anugerah MiSHA 2024 memberi penghargaan kepada organisasi yang cemerlang dalam melaksanakan strategi OSH berlandaskan rangka kerja Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPoP), selaras dengan aspirasi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021–2025 yang digariskan kerajaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035