Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nor Azura MD Amin
Title :12 mahasiswa di Johor dijangkiti HIV tahun lalu - Exco
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :26 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ISKANDAR PUTERI – Seramai 12 mahasiswa di negeri ini disahkan menghidap HIV setakat tahun 2024, meningkat berbanding 10 kes pada tahun sebelumnya. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, kesemua jangkitan dikenal pasti berpunca daripada hubungan seksual tidak selamat. Jelas beliau, situasi tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan kes dalam kalangan golongan muda, khususnya mahasiswa. “Kerajaan Johor melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah memperkukuh pelaksanaan Program PROSTAR 2.0 sejak tahun 2023 dengan kerjasama institusi pengajian tinggi, bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan HIV dalam kalangan remaja dan belia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Selamat Takim (BN–Sungai Balang) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Isnin. Tian Soon memaklumkan bahawa seramai 1,673 mahasiswa dan pelajar sekolah menengah telah menyertai pelbagai aktiviti di bawah program berkenaan setakat ini. Menurutnya, inisiatif lain termasuk ceramah kesihatan, forum komuniti dan kempen kesedaran awam turut dijalankan secara berkala, selain pendekatan digital melalui media sosial untuk menyampaikan maklumat kesihatan secara lebih dekat kepada golongan sasaran. “Kerajaan turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan ujian saringan HIV secara percuma dan rahsia di semua Klinik Kesihatan di negeri ini bagi menggalakkan pengesanan awal serta intervensi tingkah laku.  “Kerajaan negeri akan terus komited memastikan usaha pencegahan HIV diperhebat demi melahirkan generasi muda yang sihat, berilmu dan berakhlak tinggi,” katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035