Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Aisyah Basaruddin
Title :Mara bakal hantar 100 pelajar perubatan ke Universiti Al-Azhar
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :17 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengesahkan menerima kelulusan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar 100 pelajar bidang perubatan ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keutamaan bakal diberi kepada pelajar tahfiz Ulul-Albab dan pengambilan kumpulan pertama dibuat pada tahun ini sepertimana dipersetujui dalam rundingan awal bersama presiden universiti ternama itu. Menurut beliau, pelajar cemerlang kategori keluarga miskin tegar juga diberi keutamaan selain tahfiz Ulul-Albab. “Alhamdulillah, Mara mendapat kelulusan daripada timbalan perdana menteri untuk menghantar 100 pelajar Perubatan ke Universiti Al-Azhar. Keutamaan buat tahfiz Ulul-Albab dan pelajar cemerlang kategori keluarga miskin tegar. “Insya-ALLAH pengambilan kumpulan pertama akan dibuat tahun ini juga sebagaimana dipersetujui dalam rundingan awal saya dengan presiden Universiti Al-Azhar. “Saya akan minta pengurusan Mara terutamanya Bahagian Penganjuran Pendidikan untuk mengeluarkan notis pemakluman mengenai syarat permohonan bagi jurusan Perubatan di universiti tersebut dalam masa terdekat,“ katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu. Terbaharu, Ahmad Zahid turut memberi jaminan bahawa pelajar tahfiz cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima tajaan biasiswa jika melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Mara (UPTM). Jelasnya, biasiswa 100 peratus itu memang diamalkan oleh Institut Pendidikan MARA (IPMa) kepada pelajar cemerlang dan bagi pengambilan mahasiswa UniKL serta UPTM, keutamaan diberi buat pelajar maahad tahfiz untuk tahun ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035