Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :MoU pertama Karangkraf dengan sekolah di Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :24 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN - Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi sekolah pertama di Pahang yang menjalinkan kerjasama strategik bersama Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Jalinan Kerjasama antara kedua-dua pihak ditandatangani, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dengan Guru Besar SK Tanah Puteh, Izzan Haslinda Mohamad Idahan di Dewan Gemilang, di sini pada Sabtu. Muhammad Nasir berkata, kerjasama ini menjadi permulaan kepada jaringan pendidikan lebih meluas pada masa akan datang. “Setakat ini, hanya sekolah ini sahaja yang menjalinkan kerjasama rasmi dengan Karangkraf tapi di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Perak, kita sudah ada beberapa sekolah terlibat. “Namun, kita sangat mengalu-alukan lebih banyak penyertaan daripada sekolah terutamanya, dalam aspek pembinaan perpustakaan, pusat sumber dan latihan berkaitan teknologi maklumat. "Kita mahu percambahan ilmu ini disokong dengan kemahiran digital relevan, termasuk melatih guru, pelajar agar celik media supaya mampu hasilkan kandungan seperti YouTube dan filem pendek secara beretika,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanah Puteh kali ke-44 di sini. Hadir sama Yang Dipertua PIBG SK Tanah Puteh, Zulfika Anuar. Muhammad Nasir memberitahu, Karangkraf bukan hanya sebuah syarikat penerbitan tetapi turut memainkan peranan dalam memperjuangkan kecintaan kepada ilmu, bangsa dan agama melalui pelbagai pendekatan pendidikan. Jelas beliau, kerjasama dibuat berdasarkan dipilih berdasarkan kesediaan pihak pentadbiran dan semangat warga sekolah untuk membawa perubahan positif kepada pelajar dan komuniti setempat. "Kita (Karangkraf) berhasrat untuk terus memperluas kerjasama seumpama ini di sekolah-sekolah lain yang berminat bagi membina masyarakat berilmu dan celik media," katanya. Sementara itu, Izzan Haslinda berkata, MoU antara pihak sekolah dan Karangkraf menjadi titik tolak kepada pelbagai inisiatif baharu yang menyasarkan pembangunan literasi, sahsiah dan penglibatan komuniti secara aktif. Beliau merakamkan penghargaan kepada Karangkraf atas kesudian menjalin kerjasama strategik dan ia dilihat mampu membawa impak besar kepada sekolah dan komuniti setempat. "Dengan perasmian mini perpustakaan di setiap bilik darjah juga akan membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid. "Ia sekali gus menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan interaktif," jelasnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035