Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Shahrizal Ahmad Zaini
Title :Bas milik UTM terbakar, pemandu dengar bunyi letupan
Year of Publication :21 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JOHOR BAHRU - Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hampir musnah dalam kejadian kebakaran pada Rabu. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada jam 9.58 pagi. Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi. "Setibanya ke lokasi pada jam 10.04 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bas yang terbakar sebanyak 49 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa. "Berdasarkan keterangan pemandu, dia memberhentikan bas apabila terdengar bunyi letupan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan telah terbakar. "Biarpun tidak melibatkan mangsa, pemandu telah cuba memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya sehinggalah ketibaan pihak bomba yang membantu memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya. Beliau memberitahu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035