|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Baginda bertitah, solat hajat diadakan hari ini, bersamaan 1 Zulhijjah 1446 Hijrah khusus mendoakan kesihatan Sultan Brunei yang juga Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana ketika ini berehat dan menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
"Baginda turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT," menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini.
Kelmarin, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan dimasukkan ke IJN kerana mengalami kepenatan ketika menghadiri Mesyuarat ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN- Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |