|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| MARAN: Lelaki berusia 58 tahun ditemui lemas di kawasan sungai berdekatan pam pasir di Kampung Paya Pasir, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mayat mangsa ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira 3 petang.
Beliau berkata pihaknya menggunakan sebuah bot aluminium untuk mengambil jasad mangsa yang terapung dan tersangkut di timbunan kayu sebelum menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Operasi turut menghadapi kesukaran untuk menurunkan bot disebabkan oleh keadaan kawasan berpasir jerlus," katanya sambil menambah seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran terbabit dalam operasi itu.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai pula berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |