|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Jabatan Imigresen menahan 78 pendatang tanpa izin (PATI) selepas menyerbu tiga kilang di kawasan perindustrian Gebeng dan Gambang di sini, malam tadi.
Pengarah Jabatan Imigresen Pahang, Nursafariza Ihsan, berkata semua warga asing berkenaan ditahan sepasukan 60 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam operasi tujuh jam bermula jam 10 pagi itu.
Beliau berkata, serbuan menerusi 'Op Gempur Sasar' itu memberi tumpuan kepada tiga kilang masing-masing dua di kawasan Gebeng dan satu di Gambang.
"Lebih 300 orang diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 74 lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 40-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen .
"Kebanyakan PATI terdiri warga Bangladesh dan China diikuti Kemboja, Myanmar, Vietnam, Pakistan dan Sri Lanka.
"Dalam operasi ini, majikan mereka akan dipanggil untuk membantu siasatan. Ada antara mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di premis kilang itu, tetapi berjaya ditahan," katanya.
Nursafariza berkata, semua PATI itu disiasat kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Pahang untuk tindakan lanjut. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |