Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Padang Stadium Darul Makmur diiktiraf FIFA
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :30 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Stadium Darul Makmur mencatat sejarah tersendiri apabila padang rumputnya diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai padang rumput semula jadi pertama di Malaysia yang menerima pensijilan melalui program kualiti FIFA permukaan padang semula jadi. Pensijilan itu diperoleh selepas penilaian menyeluruh dilakukan oleh Acousto-Scan Pty Ltd, konsultan dilantik FIFA pada 23 dan 24 April lalu. Padang jenis Bermuda Tifgrand itu memperoleh penarafan 'Excellent' dengan markah 93 peratus. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, pengiktirafan itu mengesahkan padang itu dibina mengikut spesifikasi tertinggi serta diselenggara dengan baik oleh kontraktor RS Greenmaster (M) Sdn Bhd. "Selain memenuhi standard antarabangsa, padang ini juga berpotensi mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan prestasi pemain berdasarkan pendekatan sains sukan," katanya semasa majlis penyerahan pensijilan FIFA di Kuantan.   Tiga komponen utama diuji termasuk ujian iklim, prestasi sukan dan agronomi – membabitkan aspek seperti suhu, lantunan bola, kekerasan permukaan, kadar infiltrasi air serta analisis kesihatan tanah.   Fadzli berkata, pengiktirafan itu membuka peluang kepada Stadium Darul Makmur untuk menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak bertaraf antarabangsa, sekali gus merancakkan pelancongan sukan di negeri itu. Projek naik taraf padang dan sistem saliran membabitkan kos RM1.6 juta, dengan RM1.1 juta dibiayai Kerajaan Pahang dan selebihnya melalui geran Kementerian Belia dan Sukan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035