Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Kerani rugi hampir RM650,000 diperdaya pelaburan tidak wujud
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :21 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang kerani berusia 52 tahun kerugian RM649,150 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui Facebook. Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata berdasarkan laporan, wanita dari Rompin itu melihat satu iklan mengenai pelaburan saham menggunakan nama 'Apex Pelaburan Saham' di media sosial. Katanya, mangsa kemudian menekan pautan iklan terbabit dan selepas itu menerima satu mesej daripada seorang individu bernama Elaine yang mengajak menyertai satu kumpulan WhatsApp 'Wealth Strategy Conference_166'. "Mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp baharu yang dinamakan VIP1901' dan kemudiannya mula membuat pelaburan bermula dari 20 Mac hingga 9 Mei lalu kepada beberapa akaun yang diberikan suspek. "Selepas melakukan transaksi pemindahan wang, mangsa menyedari menjadi mangsa penipuan pelaburan yang keseluruhannya berjumlah RM649,150. "Siasatan mendapati, sumber kewangan itu adalah daripada wang simpanan mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035