Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Sinar Harian
Title :Azreen graduan cemerlang OUM
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :26 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
Menjadi satu-satunya pelajar lelaki dalam semua kelas tidak mematahkan semangat Azreen Iqvarizani Safuwan bin Abdul Mohammad, 25, untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang di Open University Malaysia (OUM). Anak jati Semporna ini bekerja sebagai guru muzik dan vokalis tempatan daerah. Ketika pandemik Covid-19 melanda, beliau nekad menyambung pengajian dalam bidang pendidikan bagi memperkukuh kerjayanya. Azreen memilih untuk mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan Kepujian atau Bachelor of Early Childhood Education (BECHE) secara dalam talian (online) sepenuhnya di OUM, iaitu sebuah universiti digital yang membolehkan belajar sepenuhnya menggunakan platform itu. “Menjadi pelajar sambil bekerja bukan mudah. Tetapi sistem pembelajaran fl eksibel OUM banyak membantu, terutamanya dengan adanya e-tutor, e-library serta kelas yang boleh diakses online pada bilabila masa,” katanya menerusi satu kenyataan. Namun, cabaran paling unik buat Azreen ialah menjadi satu-satunya pelajar lelaki dalam setiap kelas. Situasi itu tidak melemahkan semangatnya, malah menjadi pendorong untuk terus maju. “Walaupun bidang ini didominasi wanita, saya percaya lelaki juga boleh berjaya. Malah, salah seorang e-tutor sering melantik saya sebagai ketua kelas dan ini mendorong saya untuk memimpin dengan lebih baik,” katanya. Menurut Azreen, pengajian secara separuh masa sambil bekerja sepenuh masa bukan satu perjalanan yang mudah, namun beliau tetap cekal mengharunginya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pusat Pembelajaran OUM di Tawau yang banyak membantu sepanjang pengajian. Azreen merupakan antara hampir 8,000 graduan yang menerima skrol sempena Majlis Konvokesyen ke-29 OUM yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 3 hingga 7 Mei lepas. “Saya telah berjaya lulus dengan cemerlang hasil segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Ilmu yang telah dipelajari kini saya aplikasikan dalam kerjaya harian dan ada di antara e-tutor serta rakanrakan yang telah akhirnya menjadi rakan karib. “Saya amat bersyukur kerana peluang pekerjaan serta pengalaman dalam bidang ini semakin luas. Malah, saya telah menerima tawaran daripada sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak swasta untuk turut merancakkan lagi industri ini di Sabah,” tambahnya. Azreen berkata, ijazah itu juga telah membuka ruang untuk mengembangkan sayap dalam industri seni muzik dengan mengaplikasikan dalam pendidikan awal kanak-kanak di daerah kelahirannya. “Kepada individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang ini, pilihlah OUM kerana fleksibiliti dan kemudahan pembelajaran yang ditawarkan adalah antara yang terbaik yang pernah saya kecapi,” katanya. Program BECHE terbuka kepada pemohon yang memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), matrikulasi atau diploma yang berkaitan. Calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang ini boleh memohon kemasukan melalui saluran Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) yang dikendalikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Tempoh pengajian biasa ialah 4.5 tahun (13 semester), namun boleh dipendekkan melalui pemindahan kredit menerusi APEL. OUM bersedia hadapi keperluan pendidikan awal kanak-kanak Pengarah Program, Dr Loo Fung Lan berkata, program itu direka khas untuk mereka yang ingin memahami perkembangan kanakkanak dan cara mereka belajar. “Ia membantu melahirkan guru, pengasuh dan pengendali tadika yang lebih berpengetahuan dan bersedia menghadapi keperluan pendidikan awal kanak-kanak masa kini,” katanya. Selain program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan Kepujian, OUM turut menawarkan program di peringkat Diploma, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang yang sama. Program-program itu ditawarkan di bawah Fakulti Pendidikan. Secara keseluruhan, OUM menawarkan 61 program di bawah empat fakulti iaitu Pendidikan; Perniagaan dan Pengurusan; Teknologi dan Sains Gunaan serta Sains Sosial dan Kemanusiaan. Berpusat di Selangor, OUM juga mempunyai 35 pusat pembelajaran di seluruh negara termasuk enam di Sabah, iaitu di Tawau, Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan, Kota Marudu dan Lahad Datu. Walaupun menggunakan sistem pengajian digital sepenuhnya, pusatpusat ini menyediakan sokongan dan bimbingan tambahan untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan lancar dan berjaya. Untuk maklumat lanjut, layari www. oum.edu.my, hubungi 03-7801 2000 atau emel kepada enquiries@oum.edu. my.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035