Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :HAWANA: Sultan, Tengku Ampuan Pahang hargai sumbangan wartawan
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :30 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) kepada seluruh warga media di Malaysia, khususnya kepada wartawan di negeri ini. Baginda berdua amat menghargai sumbangan besar wartawan yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan yang beretika, berintegriti serta berani menyuarakan kebenaran. "Dalam era ledakan maklumat yang serba pantas ini, peranan wartawan sebagai penyampai maklumat yang sahih, telus dan seimbang amat penting dalam membentuk masyarakat yang celik dan bertanggungjawab,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini. Baginda berdua percaya wartawan bukan sahaja menjadi mata dan telinga rakyat, tetapi juga sebagai penghubung antara pemerintah dengan rakyat dalam menyampaikan suara serta keperluan masyarakat. "Di Pahang, peranan media dalam menyebarkan maklumat pembangunan, pendidikan, kebajikan serta pelbagai penulisan yang membina amatlah dihargai. "Baginda berdua mendoakan agar semua wartawan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan iltizam untuk meneruskan perjuangan suci ini demi kebaikan negeri dan negara,” menurut hantaran itu. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035