Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Adila Sharinni Wahid
Title :Surau Makmur Inderapura Jaya mula dibina tapi dana belum cukup
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :28 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sekian lama terpaksa berhimpit solat berjemaah di rumah kedai dan kemudian berpanas hujan di bawah kanopi, pembinaan surau kekal bagi kegunaan lebih 3,000 penduduk Perumahan Makmur Inderapura Jaya, di sini hampir terlaksana. Pengerusi Surau Inderapura Jaya, Ahmad Faizal Mohd Yusop berkata, pembinaan yang sudah bermula tahun lalu itu bagaimanapun masih kekurangan dana sebanyak RM250,000 untuk disiapkan sepenuhnya. Menurutnya, kos keseluruhan pembinaan dianggarkan menelan belanja RM700,000, namun setakat ini hanya RM500,000 berjaya dikumpulkan, merangkumi RM250,000 hasil kutipan dalaman dan RM200,000 daripada Wakaf Pahang. “Sumbangan tambahan sebanyak RM250,000 amat diperlukan segera supaya kerja pembinaan tidak tertangguh,” katanya. Menurut Ahmad Faizal, sebelum ini penduduk hanya mampu menggunakan ruang rumah kedai sebagai surau sementara sejak 2020, sebelum berpindah ke surau kanopi tidak kekal pada Ogos 2024. “Ruang terhad, sewa mahal, keadaan tidak selesa; itu semua kami hadapi bertahun-tahun. Sebab itu kami perjuangkan surau kekal ini sejak awal,” jelasnya. Beliau berkata, surau baharu itu bukan sahaja akan berfungsi sebagai Surau Kebenaran Jumaat, malah turut dijadikan pusat komuniti setempat meliputi kelas pengajian al-Quran, Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), tuisyen serta aktiviti riadah yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi akaun Surau Inderapura Jaya 0610041100111481, dengan rujukan, Infaq Dana Pembinaan Surau Baharu. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ahmad Faizal di talian 012-9480560.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035