Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Siti Noor Faezah Muda
Title :Universiti di UK tawar diskaun sehingga 25 peratus kepada pelajar tajaan Mara
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :04 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Banyak universiti luar negara termasuk beberapa institusi di United Kingdom (UK) menawarkan diskaun yuran pengajian sehingga 25 peratus kepada pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu berlaku susulan kenyataan beliau sebelum ini mengenai keputusan menghentikan penghantaran pelajar tajaan Mara ke Amerika Syarikat (AS) bermula tahun ini berikutan pengenalan polisi dan dasar baharu oleh Presiden Donald Trump. "Alhamdulillah, banyak pula universiti luar negara, termasuk beberapa universiti di UK, yang menghubungi saya dan Mara untuk mengadakan pertemuan apabila mereka mengetahui saya masih berada di UK bagi menawarkan diskaun yuran pengajian kepada pelajar Mara. "Ada sebuah universiti terkemuka, tempat yang dahulunya menerima ramai pelajar Mara menawarkan potongan sehingga 25 peratus selepas mengetahui saya berjaya meyakinkan tiga universiti terkemuka UK untuk menawarkan diskaun sehingga 20 peratus. "Malah kelmarin di Universiti College London (UCL) yang merupakan 10 universiti popular di UK, naib presidennya sendiri menyatakan kesediaan untuk menawarkan diskaun kepada Mara jika bersedia hantar lebih ramai pelajar cemerlang ke universiti mereka," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu. Sebelum ini, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa beliau telah memulakan perbincangan dengan pelajar di kolej persediaan ke negara 'Uncle Sam' untuk menyambung pengajian mereka ke negara lain yang menawarkan bidang pengajian serupa. Ia termasuk bidang sains komputer, kejuruteraan serta teknologi tinggi seperti robotik dan kecerdasan buatan (AI). Terdahulu, pentadbiran Trump mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing dan mempertimbangkan langkah untuk menyaring pemohon baharu berdasarkan hantaran media sosial mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035