Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Diana Azis
Title :MPP UPM perjelas dakwaan isu ruang solat masjid jadi lokasi karnival Mobile Legends
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :03 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) menafikan dakwaan berhubung rakaman video tular yang mendakwa Masjid UPM dijadikan lokasi karnival permainan video Mobile Legends (ML) ketika terdapat dua jenazah yang sedia untuk disolatkan. Yang Dipertuanya, Umar Akhtar Ab Malek menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan, sekali gus mencetuskan salah faham terhadap pengurusan Masjid UPM serta pihak Pusat Islam. Katanya, dakwaan itu bukan sahaja menjejaskan reputasi masjid, malah turut memberi imej negatif kepada universiti secara keseluruhan. “Program tersebut merupakan aktiviti pelajar yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Islam UPM dan asalnya dijadualkan berlangsung di Bilik Smart Classroom Masjid, dan bukannya di ruang solat seperti yang didakwa. “Namun berlaku pertukaran lokasi ke kawasan luar bilik tersebut disebabkan kekangan ruang semasa program berjalan. “Penting untuk saya nyatakan bahawa tiada sebarang jenazah berada di kawasan itu sewaktu aktiviti berlangsung, dan jenazah yang dimaksudkan hanya tiba setelah aktiviti dihentikan serta-merta bagi menghormati situasi berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan. Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang mendakwa pelajar bermain Mobile Legends di masjid sewaktu terdapat dua jenazah yang menunggu untuk disolatkan. Dalam pada itu, Umar Akhtar tidak menafikan bahawa penganjur wajar bertanggungjawab atas pelanggaran garis panduan penggunaan ruang yang ditetapkan sehingga situasi tersebut telah disalah tafsir. Beliau turut mengingatkan semua pihak, khususnya yang menganjurkan program di lokasi sensitif seperti masjid, supaya sentiasa mematuhi prosedur serta garis panduan yang ditetapkan pihak berautoriti. “Kami akan terus cakna dan bertanggungjawab dalam memantau serta menyokong inisiatif pelajar bagi memastikan keharmonian dan profesionalisme kampus sentiasa terpelihara. “MPP UPM komited untuk memastikan nama baik universiti terus terjaga,” ujarnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035