Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Jururawat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tak wujud
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :03 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang jururawat berusia 52 tahun kerugian RM107,810 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui Facebook. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, wanita terbabit tertarik dengan satu iklan pelaburan di laman sosial menggunakan nama `IQ Option'. Katanya, mangsa kemudian menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan dijanjikan pulangan lumayan RM12,000 selepas membuat pelaburan berjumlah RM350. "Namun, tiada sebarang keuntungan diterima selepas pelaburan pertama dibuat dan suspek kemudian meminta mangsa membuat beberapa bayaran tambahan. "Sebanyak 16 transaksi dilakukan mangsa membabitkan lapan akaun bank antara 23 hingga 28 Mei lalu yang keseluruhannya berjumlah RM107,810 yang juga wang simpanannya.   "Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Susulan kes itu, beliau menasihati orang ramai membuat semakan terlebih dulu sebelum membuat sebarang pelaburan secara dalam talian untuk mengelak menjadi mangsa penipuan. Katanya, masyarakat perlu membuat semakan nombor akaun bank yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035