Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :AIPACODD 2025: Polis tingkat tahap keselamatan
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :03 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Polis mempertingkatkan tahap keselamatan sempena penganjuran bersama ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Advisory Council On Dangerous Drugs (AIPACODD) 2025 di sini yang akan berlangsung empat hari bermula 9 Jun ini. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata kawalan lalu lintas turut diberikan keutamaan untuk memastikan kelancaran sepanjang AIPACODD berlangsung. Katanya, setakat ini, persediaan awal sudah dilaksanakan untuk memastikan keselamatan semua Ahli Parlimen yang menyertainya membabitkan kawalan keselamatan pegawai dan anggota dari kontinjen Polis Pahang. "Bagi pihak polis, kita siap sedia untuk memastikan kelancaran sepanjang AIPACODD berlangsung terutama daripada segi tahap keselamatan di sebuah hotel yang dijadikan lokasi persidangan. "Pada masa sama, ada lawatan membabitkan Ahli Parlimen di Menara Kuantan 118, di sini dan Pekan. "Namun, penyelarasan akhir akan diadakan esok yang akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin," katanya. Yahaya ditemui media selepas selepas Majlis Pamakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini. Ditanya penutupan jalan sepanjang AIPACODD itu di bandar raya Kuantan, beliau berkata, pihaknya akan melihat kepada keadaan tertentu dan sekiranya ada keperluan, penutupan yang minimum. Katanya, sebagai contoh, program berlangsung di menara Kuantan 118, penutupan jalan akan dilakukan secara berkala. "Oleh itu, kita mengharapkan sepanjang AIPACODD ini berlangsung, ia berjalan lancar tanpa sebarang halangan," katanya.    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035