Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
Title :Trafik menghala Pantai Timur, Utara sesak
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :06 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG: Aliran trafik dari ibu kota menuju ke arah Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) sudah mulai 'melekat' setakat 4.30 petang tadi.       Tinjauan Harian Metro bermula jam 3.30 petang di Plaza Tol Gombak sehingga Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah mendapati aliran trafik mulai perlahan dan sesak di beberapa lokasi terutama di kawasan mendaki. Keadaan jalan yang sedikit basah juga dipercayai menjadi faktor kesesakan dianggarkan sepanjang sembilan kilometer bermula dari stesen minyak BHP KL-Karak sehingga RnR Genting Sempah setakat jam 4.30 petang tadi. Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara bermula dari Bukit Lanjan ke Rawang Selatan, Sungai Buaya ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Lembah Beringin dan Juru ke Perai. Pada masa sama, pemerhatian melalui laman web sistem kamera litar tertutup LLM mendapati beberapa laluan dari ibu negara menuju ke Barat dan Selatan juga mulai sesak setakat jam 4.30 petang.   Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpukan kepada aspek kelancaran aliran trafik sempena Aidiladha menerusi Op Lancar yang berkuat kuasa bermula hari ini hingga 9 Jun. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 1,858 pegawai dan anggota ditugaskan di lokasi panas (hotspot) seluruh negara. Sebelum itu, jurucakap PLUS dilapor berkata, trafik dijangka sesak mulai malam hari ini susulan pergerakan orang ramai untuk ke destinasi masing-masing sempena cuti Aidiladha. Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui saluran rasmi seperti laman sesawang LLM, Twitter @llmtrafik, atau talian bebas tol 1-800-88-7752.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035