Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pesara jururawat rugi RM111,044 diperdaya individu menyamar polis
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :05 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang pesara jururawat berusia 72 tahun kerugian RM11,044 selepas terpedaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, pada awalnya wanita dari Bentong itu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri dari SKMM pada 29 Mei lalu. Katanya, suspek terbabit memberitahu penama `Ong We Kiat' terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram yang memasukkan wang berjumlah RM210,000 kepada akaun mangsa. "Panggilan itu kemudiannya disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan mangsa bercakap dengan `Inspektor Zamri' yang memaklumkan bahawa akaun bank milik mangsa akan dirujuk ke Bank Negara untuk siasatan lanjut. "Mangsa diarahkan untuk menyerahkan semua kad bank dan pada masa sama tidak memaklumkan kepada sesiapa. "Kad bank dan nombor pin semua akaun bank milik mangsa perlu dibungkus dan diletakkan di hadapan halaman rumah mangsa sebelum anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong mengambil bungkusan itu. "Mangsa mengetahui kehilangan wang selepas mendapati baki simpanan di dalam bank tiada ketika mahu mengeluarkan wang di bank yang keseluruhannya berjumlah RM111,044," katanya dalam kenyataan hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035