|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| BENTONG: Seorang banduan muda bernama Aidiladha adalah antara 54 banduan di Pahang yang dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) sempena Aidiladha, Sabtu ini.
Lelaki 26 tahun itu terbabit dengan kesalahan mengedar dadah secara kecilan tahun lalu, dia dihukum penjara 14 bulan. Dia yang telah tiga kali keluar masuk penjara sepatutnya dibebaskan Ogos depan.
"Saya bersyukur dibebaskan lebih awal daripada hukuman namun Aidiladha kali ini seolah tidak bermakna kerana keluarga menyepi, mereka tidak datang mengambil saya selepas dibebaskan.
"Saya bertuah apabila diterima bekerja selepas dibebaskan hari ini. Saya ingin membuka episod kehidupan yang bermakna selepas ini terutama bebas daripada dadah," katanya.
Dia antara 54 banduan Penjara Bentong dan Penjara Penor, Kuantan yang dibebaskan pada Majlis PBSL Ihsan Madani 2025 sempena Aidiladha di Dewan Perdana Penjara Bentong, kelmarin.
Seorang lagi banduan dikenali Ayu, 30, terbabit dengan penagihan dadah menyebabkan dia menerima hukuman 12 bulan penjara. Ini kali kedua dia keluar masuk penjara.
"Saya rindukan dua anak yang berusia 10 dan 13 tahun, saya tidak sabar untuk menyambut Aidiladha bersama mereka yang pasti merindui dirinya. Dia sepatutnya bebas pada Ogos depan," katanya.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |