Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pegawai penyelidik rugi RM600,500 akibat pelaburan tak wujud
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :09 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang pegawai penyelidik berusia 57 tahun kerugian RM600,500 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam wanita terbabit menyertai skim itu selepas dimasukkan dalam satu kumpulan dikenali `K81 Lombard Stock Investment Academy' pada 21 Mac lalu. Mangsa turut diarahkan untuk memuat turun aplikasi bernama `LOARDMB' melalui satu pautan yang diberikan oleh suspek bagi tujuan pelaburan. "Tiga transaksi pelaburan awal berjumlah RM14,000 dilakukan mangsa dan berjaya membuat satu pengeluaran awal berjumlah RM1,000 sehingga meyakinkan mangsa untuk meneruskan pelaburan.   "Seterusnya, dalam tempoh 23 April hingga 4 Jun lalu, mangsa melakukan sebanyak 28 transaksi kepada tiga akaun bank sehingga jumlah pelaburan RM600,500. "Paparan dalam aplikasi itu menunjukkan anggaran keuntungan melebihi RM300,000 tetapi apabila mangsa cuba mengeluarkan RM50,000, suspek meminta bayaran RM200,000 sebagai caj perkhidmatan. "Selepas itu, mangsa mula menyedari dirinya ditipu. Sumber kewangan daripada simpanan milik mangsa. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035