Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :UM muncul juara Debat Alam Sekitar ke-31
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :23 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SERI ISKANDAR - Universiti Malaya (UM) muncul juara Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-31 selepas menewaskan 28 institusi pengajian tinggi (IPT) lain dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) malam ini. Pasukan UM yang diwakili oleh empat pendebat - Azhad Hafiz Md Razip Han, 22; Khairul Nur Ayuni Rodzan Khairul, 22; Aiesya Salsabila Mohd Radzuan, 23; dan Ali Hydar Hafizi, 23 - membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM12,000 serta sijil penyertaan. Meskipun UTP sekadar muncul naib juara, salah seorang pendebatnya Ahmad Idzhad Hamzie, 21, yang juga penuntut tahun dua Fakulti Kejuruteraan Petroleum, dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik dan menerima wang tunai RM2,000. UTP membawa pulang piala iringan, wang tunai RM7,000 dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga dirangkul oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menerima piala iringan, wang tunai RM2,000 dan sijil penyertaan. Sementara itu, Azhad Hafiz berkata, kejayaan UM kali ini amat bermakna buat pasukannya selepas beberapa percubaan terdahulu termasuk menamatkan saingan di tempat kedua pada edisi 2019. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Datuk Nor Yahati Awang. Turut hadir, Provos UTP, Datuk Ir Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib; Pengerusi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Prof Dr Mohd Izani Mohd Zain; serta Naib Presiden Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar Kumpulan PETRONAS, Zamri Japar. Pertandingan anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) ini turut mendapat kerjasama MADUM, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS). - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035