Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Rosilawati Rosedi
Title :Sultan Pahang gusar ajaran sesat aliran Al-Ahmadiah kembali menular
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :13 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TEMERLOH - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran penularan ajaran sesat aliran Al-Ahmadiah yang dikesan berlaku di daerah ini. Titah baginda, ajaran tersebut tidak perlu disebarkan semula selepas sekian lama difatwakan haram oleh pihak berkuasa agama negara. “Ajaran ini telah diharamkan. Kenapa masih ada tiga, empat orang yang masih mahu menyebarkannya? "Dari segi undang-undang dan fatwa, ia jelas menyalahi ketetapan agama,” titah baginda ketika majlis menyantuni mangsa ribut di Temerloh pada Jumaat.Al- Sultan Abdullah bertitah demikian apabila dimaklumkan terdapat individu yang cuba menyebarkan fahaman sesat berkenaan kepada penduduk setempat di daerah ini. Titah baginda, penyebaran ajaran salah seperti aliran Al-Ahmadiah boleh merosakkan akidah umat Islam dan menggugat keharmonian hidup masyarakat, khususnya di negeri ini yang sejak sekian lama berpaksikan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). “Saya harap ada kebijaksanaan. Tolong nasihatkan mereka supaya jangan ajar sesuatu yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Ugama Islam Pahang,” titahnya lagi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035