Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Sinar Harian
Title :Nahas pelajar UPSI: Satu tragedi besar kepada pendidikan negara - KPT
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :09 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan akan menyalurkan bantuan secara menyeluruh kepada semua mangsa dan keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas di Gerik, awal pagi Isnin. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementerian amat dukacita dengan tragedi yang telah meragut 15 nyawa pelajar institusi berkenaan. “Kejadian ini merupakan satu kehilangan besar kepada sektor pendidikan tinggi negara. “KPT merakamkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan seluruh warga UPSI,” katanya dalam kenyataan media. Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, sebuah bas yang membawa 36 pelajar UPSI dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan pulang dari program khidmat masyarakat di Kelantan. Seramai 15 pelajar disahkan maut, manakala selebihnya mengalami kecederaan pelbagai tahap dan sedang dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Zambry berkata, KPT kini bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan UPSI serta agensi berkaitan bagi menyelaraskan segala bentuk bantuan termasuk sokongan psikososial, logistik dan keperluan kebajikan lain. “Kementerian juga sedang memantau rapi perkembangan mangsa yang masih dirawat dan akan memastikan mereka menerima rawatan dan sokongan yang sewajarnya,” jelas beliau. Menurutnya, sebarang perkembangan lanjut berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035