Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentua
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :21/06/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku AmpuanPahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian ibu mentuanya. Baginda berdua serta seluruh ahli keluarga diraja turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan roh Allahyarham Datin Hajah Salmiah Nyak Matt, 84, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. "Semoga juga Allah SWT mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Nya," titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini. Semalam media melaporkan, ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu maut dalam dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan di Ipoh, Perak pada Khamis. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035