Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Rosilawati Rosedi
Title :Sultan Pahang minta kaji semula guna penghadang besi
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :13 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TEMERLOH - Penggunaan penghadang jalan yang lebih sesuai perlu dilakukan oleh kerajaan sebagai langkah jangka panjang serta demi keselamatan pengguna jalan raya di negara ini. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, penggunaaan penghadang besi jalan sedia ada dilihat satu perkara serius ekoran kemalangan bas persiaran membawa pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang mengorbankan 15 mangsa, selain 33 cedera termasuk tujuh parah baru-baru ini. "Saya harap pihak kerajaan dapat kaji dan perhatikan keadaan jalan raya baik dalam lebuh raya atau kampung dari segi keselamatan, lampu, taraf jalan itu sendiri sama ada perlu diperbaiki atau tidak. "Namun, hasil laporan dalam akhbar, kejadian di Perak mengenai besi penghadang jalan itu perkara agak serius, perlu kaji semula, ia boleh memudaratkan dan menyebabkan kemalangan lebih serius," titah baginda ketika berangkat bercemar duli selepas menyantuni mangsa ribut di Temerloh pada Jumaat. Titah Al-Sultan Abdullah, perkara tersebut perlu dikaji secepat mungkin. "Kadang tidak perlu fikir kos tapi kena fikir juga keselamatan untuk jangka panjang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa orang yang boleh keluarkan hasil, bayar cukai dan sebagainya," titah baginda Antara faktor lain kematian dan kecederaan serius dialami pelajar terlibat disebabkan penghadang besi yang memasuki bas yang terbalik itu selepas dilanggar bas yang terbabas di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, Perak.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035