Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Seramai 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA - KPT
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :16/6/25
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA: Seramai 150,557 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu merangkumi 67.33 peratus daripada keseluruhan 223,624 permohonan yang diterima melalui sistem UPUOnline. "Daripada jumlah tersebut, 86,589 calon ditawarkan tempat di Universiti Awam (UA), 42,058 di Politeknik, 20,427 di Kolej Komuniti dan 1,483 di institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT). "Tawaran menerusi Laluan Khas pula melibatkan 17,693 calon, merangkumi 16,189 daripada kategori B40, 590 Orang Kurang Upaya (OKU), 593 atlet dan 321 Orang Asli," menurut kenyataan itu. Selain itu, seramai 43 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut ditawarkan tempat di IPTA. Menurut KPT, kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi, dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah. "Secara keseluruhannya, sebanyak 349 program pengajian ditawarkan bagi sesi ini, meliputi 41 program sijil, 55 program asasi, 252 program diploma dan satu program ijazah sarjana muda," menurut kenyataan itu. Bagi calon yang tidak menerima sebarang tawaran, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula hari ini sehingga 25 Jun ini, sebelum pukul 5 petang. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035