Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Lebih 13,000 titik akses Wi-Fi siap dipasang di kampung universiti awam seluruh negara - Fahmi
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :10/06/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SINTOK: Lebih 13,000 titik akses Wi-Fi telah siap dipasang di beberapa kampus universiti awam di seluruh negara setakat ini dalam usaha meningkatkan capaian Internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata fasa pertama pemasangan kemudahan itu di universiti-universiti awam sudah selesai manakala fasa kedua sedang berjalan dan dijangka selesai dalam tempoh sehingga enam minggu lagi. "Setakat ini di seluruh negara daripada 32,000 Wi-Fi yang hendak dipasang di semua universiti awam, lebih kurang 13,000 ke 14,000 telah dipasang dan kita jangka untuk fasa kedua akan selesai dalam tempoh lebih kurang lima atau enam minggu dari sekarang. "Setelah kita selesai fasa kedua, ada beberapa perkara perlu dibincangkan dengan pihak universiti, selain daripada kita meneliti dalam fasa pertama dan kedua sekiranya perlu ada penambahbaikan dalam kampus masing-masing, maka itu akan disertakan dalam fasa ketiga," katanya pada sidang media di sini hari ini. Terdahulu, Fahmi menyampaikan ucaptama pada Forum Suara, Siber dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau berkata fasa ketiga pelaksanaan pemasangan Wi-Fi di universiti awam pula dijangka dimulakan dalam tahun ini juga selepas selesai fasa kedua. Fahmi berkata kementerian akan mengadakan perbincangan dengan universiti terbabit bagi pengesahan lokasi untuk pemasangan Wi-Fi sebelum mengeluarkan tender. "Jadi insya-Allah kita juga akan pastikan masalah Wi-Fi di UUM akan diberi fokus dalam fasa ketiga pelaksanaan pemasangan Wi-Fi di universiti-universiti awam dan saya telah mendapat pengesahan daripada pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) bahawa UUM antara tempat utama," katanya. Beliau berkata selain universiti awam, kementerian juga melaksanakan program sama di politeknik dan kolej komuniti. Mengulas mengenai forum tersebut, Fahmi berkata ia merupakan satu platform dalam memberi penegasan kepentingan keseimbangan antara kebebasan media, hak bersuara dan tanggungjawab kepada masyarakat. "Harapan saya dengan program seperti ini kita akan dapat tingkatkan perbincangan terutama di universiti-universiti awam. "Dengan cara itu, dalam kalangan pelajar mereka akan terdedah terutama dengan pemain industri media dan mereka boleh mendengar sendiri realiti apa yang sedang berlaku dalam perubahan yang sangat rancak dengan kehadiran kecerdasan buatan, media sosial dan cabaran-cabaran lain bagi media arus perdana," katanya. Turut hadir pada majlis itu Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Yong Soo Heong. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035