|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menyantuni keluarga kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas ketika beriadah di muara Sungai Balok di sini.
Keberangkatan baginda ke rumah Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain,7, yang terletak di Sungai Ular di sini, diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Baginda berdua amat bersimpati dengan kejadian tersebut dan berharap ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah dan reda dengan ujian kehilangan itu," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang.
Insiden itu berlaku pada kira-kira 5 petang Sabtu lepas ketika Masitah Latipah Adam, 42, membawa anak-anaknya termasuk Nur Afia Ramadhannie untuk beriadah dan mencari kepah di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, anak ketujuh daripada lapan beradik itu dilaporkan hilang sebelum ditemukan lemas beberapa jam kemudian.
-- BERNAMA
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |