Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Pengambilan pegawai Kor SUKSIS dalam sektor awam, swasta beri impak besar kepada majikan - Polis
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :09/05/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TUMPAT: Pengambilan pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk berkhidmat dalam sektor awam atau swasta akan memberi impak yang besar kepada majikan dari segi disiplin, jati diri serta kepimpinan. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata pelajar yang menyertai Kor SUKSIS dapat memberi nilai tambah dari segi kepimpinan, gaya tersendiri dan sebagainya terutama ketika sesi temu duga pekerjaan yang menampakkan ciri-ciri mereka layak untuk menjawat jawatan dimohon. "Saya sudah suarakan kepada pihak tertinggi, kementerian dan sebagainya supaya ada pengambilan khusus kerana kita tengok sekarang ini, sebagai contoh dalam kes jenayah siber ia memerlukan satu jabatan baharu yang perlu diisi oleh pemegang ijazah daripada Kor SUKSIS yang memiliki latar belakang dalam bidang perakaunan, forensik, komputer atau kejuruteraan. "Hal ini secara tidak langsung boleh menjimatkan masa, wang kerajaan dan sebagainya untuk melatih mereka kerana mereka telah menjalani latihan selama tiga tahun yang melengkapkan mereka supaya boleh ditauliahkan sebagai kadet inspektor Kor SUKSIS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di sini hari ini. Beliau turut berharap kuota pengambilan pegawai Kor SUKSIS di IPTA ke jawatan kadet inspektor polis ditambah kepada 30 peratus. "Kita tidak boleh menidakkan graduan dari luar negara dan universiti lain yang tidak terlibat dengan Kor SUKSIS, tetapi keutamaan boleh diberikan kepada pelajar yang menyertainya kerana ada dalam kalangan mereka boleh mencapai keputusan cemerlang. Hal ini berbeza dengan mereka yang cemerlang akademik tetapi tidak terlibat dengan Kor SUKSIS ini. "Mereka ini korbankan masa dan berusaha untuk belajar, inilah kualiti yang kita mahu terutama dalam bidang pekerjaan, bukan hanya mampu berdikari dalam ciri-ciri akademik tetapi mempunyai tahap jati diri dan disiplin dalam pekerjaan," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035