Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang saran MUIP wujudkan Pusat Rujukan JAWI
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :28/05/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan Jawi. Menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini, Al-Sultan Abdullah menyarankan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menubuhkan satu badan atau institusi khusus bagi melaksanakan kursus, latihan dan pentauliahan Jawi secara rasmi. Baginda juga bertitah agar semua pihak yang berkaitan memberi komitmen berhubung hasrat itu kerana tulisan Jawi merupakan warisan besar Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara. "Agenda Jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan beridentiti," titah baginda. Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 hari ini. Turut berangkat Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, yang juga Timbalan Yang Dipertuan MUIP. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035