Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :27 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada umat Islam di negeri ini dan seluruh negara. Baginda berdua, menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, menyifatkan tahun baharu Hijrah sebagai simbol kepada pengorbanan, ketabahan dan permulaan kepada perubahan yang lebih baik dalam kehidupan. “Tahun baharu Hijrah merupakan saat yang amat penting dalam sejarah Islam. Ia bukan sekadar peringatan terhadap penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, tetapi lebih besar daripada itu,” titah baginda berdua. Baginda berdua turut menyeru seluruh umat Islam agar bermuhasabah serta memperkukuh azam untuk menjadi insan bertakwa dan bermanfaat kepada keluarga, masyarakat serta negara. Selain itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seluruh rakyat di negeri ini diberikan keberkatan, kesihatan, keselamatan serta kekuatan iman dan perpaduan dalam mengharungi cabaran masa ini dan akan datang. “Marilah kita jadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai medan untuk memperkukuh ukhuwah Islamiah, mempertingkatkan ilmu dan memperkasakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,” menurut hantaran itu. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035