Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :IPT perlu sentiasa patuh SOP, pastikan keselamatan pelajar - KPT
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :26 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan universiti masing-masing dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan dan kebajikan pelajar. KPT dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa pematuhan kepada SOP tersebut penting bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa berada pada tahap tertinggi, selain menjamin perlindungan menyeluruh terhadap pelajar di bawah tanggungjawab institusi pengajian tinggi. "KPT sentiasa komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan setiap institusi pendidikan tinggi kekal sebagai persekitaran selamat, kondusif dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan pelajar,” menurut kenyataan itu. Kementerian turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian seorang penuntut wanita sebuah universiti tempatan yang dipercayai dibunuh di Cyberjaya, bagi mengelak mengganggu siasatan atau menjejaskan sensitiviti pihak yang terlibat. Dalam kenyataan sama, KPT merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan penuh hasil siasatan daripada pihak berkuasa. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan wanita berusia 20 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah apartmen pada kira-kira 10 pagi Selasa lepas, dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan hentakan objek tumpul di kepala. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035