Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Asyikin Asmin
Title :Bakar karikatur PM tak cerminkan intelek mahasiswa di IPT - UMS
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :23 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KOTA KINABALU – Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyifatkan tindakan membakar karikatur Perdana Menteri sebagai tidak mencerminkan intelek mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UMS, pihak universiti memandang serius tindakan peserta perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang membakar karikatur tersebut, yang tular di media sosial. “UMS menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang berisiko mendatangkan mudarat, bukan sahaja kepada peserta malah kepada orang awam. “Ini bertentangan dengan norma-norma perhimpunan aman. Pihak UMS melihat tindakan tersebut sebagai tidak beradab, kurang matang, sekali gus tidak mencerminkan intelek pelajar IPT,” katanya pada Isnin. Kenyataan itu turut menegaskan bahawa pihak UMS tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dengan insiden berkenaan. “Justeru, pihak pengurusan universiti akan membuat satu laporan polis berhubung insiden ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya. Sementara itu, UMS juga menyatakan kekesalan terhadap kenyataan kumpulan terbabit yang mempersoalkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. “Pelantikan tersebut dibuat atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan ia seharusnya dihormati,” katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035